Tuesday, November 21, 2006
DATO ZAKARIA MASIH DIPERLUKAN RAKYAT





Setelah dilanda kontroversi pembinaan rumah ‘ala istana’ di Kampong Idaman, Ketua UMNO Bahagian Klang Dato’ Zakaria Md Deros atau lebih mesra dengan panggilan Abang Z, hakikatnya masih diperlukan oleh rakyat, paling tidak pengundi di kawasan DUN Pelabuhan Klang. Ini terbukti dengan lebih 5,000 mengunjungi rumah terbuka beliau yang juga ADUN Pelabuhan Klang pada malam 20 November baru-baru ini.

Meskipun di hujani dengan hujan lebat diawal majlis dan kesesakan teruk sepanjang jalan masuk ke dewan tempat majlis diadakan, ianya tidak melunturkan semangat orang ramai yang hadir. Bukan semua yang hadir untuk ‘makan’ semata-mata tetapi bermula dari kawan dan sahabat handai, keluarga jauh dan dekat, pengundi dan penyokong Barisan Nasional ahli UMNO dan penduduk setempat, mereka hadir semata-mata untuk memperlihatkan sokongan dan sekaligus simpati kepada Dato Zakaria. Inilah suasana dan hakikat sepanjang malam di Dewan Kampong Idaman ketika itu.

Dapat di lihat yang paling ramai adalah penyokong Barisan Nasional disamping ahli-ahli UMNO yang hadir. Ramai yang ditemui dari kalangan kawan-kawan India dan Cina serta penduduk sekitar. Ini sudah cukup untuk membayangkan bahawa Dato’ Z tetap popular dan masih diperlukan sebagai pemimpin di kawasan tersebut.

Dari kalangan rakan-rakan pimpinan tertinggi yang sempat dikesan hadir pada malam itu terdiri dari Exco Kerajaan Negeri yang juga ADUN Sementa, Dato Rahman Palil, ADUN Sri Muda, Dato’ Amzah Umar, Tan Sri Onn Ismail dan Timbalan Menteri Penerangan Dato’ Zahid Hamidi yang juga bisan Dato’ Z.

Apapun majlis Hari Raya Aidilfitri itu menjadi medan untuk kita bermaaf maafan sesama insan disamping mengeratkan lagi hubungan siratulrahim. Selamat Hari Raya dan Selamat Berjuang Dato.
posted by Pusat Khidmat DUN Pelabuhan Klang @ 11:36 PM  
0 Comments:
<< Utama
 
 

Get your own calendar

Artikel Sebelum
Arkid
Pautan Bahagian
Semak Daftar Pemilih
EUMNOSMS
K 10
MBONLINE
Akhbar Hari Ini
Kerajaan Tempatan

Badan Berkanun Negeri
Agensi Kerajaan Negeri
Pejabat Daerah & Tanah
Rantaian
Template by
Free Blogger Templates